𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπƒπ˜πŒπŒ ππ„πŒπ€ππ†πŠπ” 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 πŠπ„ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πŠπŽππ’π„π‘π•π€π’πˆ π‡π€π‘πˆπŒπ€π” πŒπ€π‹π€π˜π€
06 September 2022

​

KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah hari ini berkenan mencemar duli ke Pusat Konservasi Harimau Malaya (Malayan Tiger Conservation Centre β€”MTCC ) Lanchang, Temerloh, Pahang.
Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
Seterusnya, Baginda diberikan taklimat berkaitan Pusat Konservasi Harimau Malaya oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
Baginda turut melawat Bilik Kawalan Pusat Konservasi MTCC untuk melihat harimau-harimau yang ditempatkan di sini.​




Attachments